Karya One Piece ini menyebabkan lelaki ini sangat kaya

Pernah dengar tak nama Eiichiro Oda? Inilah orangnya yang telah menghasilkan komik kegemaran ramai iaitu One Piece atau budak getah.

Eiichiro Oda merupakkan artis yang paling terkenal kerana penciptaan komik One Piece ini. Artis ini terkenal dengan dedikasi yang diberikan kepada karya ini kerana lebih suka menghabiskan masa untuk karekter dan jalan cerita manga ini.

Dengan lebih darippada 800 chapters yang dihasilkan buat masa ini, karya Oda telah mengaut keuntungan yang sangat besar. Walaupun Oda tidak pernah menghebahkan kekayaannya, namun dapat diperhatikan kekayaannya dengan rumahnya yang sangat mewah.

Menurut laporan dari Baka Furi, Oda meraih kira-kira 3.1 billion yen setahun ( melalui kotaku) atau Usd26 juta. Selain itu, Oda turut memperoleh Pendapatan daripada royalti dan pelbagai lagi.

Nilai Usd26 juta adalah pendapatan yang sangat mengujakan, dan ia lebih mengejutkan apabila anda membandingkannya dengan penulis lain yang popular. Dalam industri penerbitan, terdapat banyak penulis yang telah meraih kurang daripada Oda seperti Jeff Kinney ( diary of a wimpy kid), JK Rowling ( Harry Porter), Stephen King, EL James dan John Green. Mereka ini memperoleh pendapatan kurang dari Usd20 juta pada 2016.

Apa yang dimaklumkan karya One Piece sekitar 60% sahaja penceritannya. Nampaknya Oda akan makin kaya dan kaya disebabkan karya ini yang masih panjang hayatnya.

 

Sekian perkongsian,
Ingat lagi time sekolah menengah duit belanja sekolah habis diperuntukkan untuk beli komik ini.

Sumber diperoleh daripada http://comicbook.com/anime/amp/2018/02/01/one-piece-creator-eiichiro-oda-rich-net-worth-money/

Jelapangpadi.com

2 thoughts on “Karya One Piece ini menyebabkan lelaki ini sangat kaya”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *